Seo Services

Bekas Mubaligh Dituduh Buat Penderaan Seksual


MIAMI: Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa seorang lelaki dari Arkansas atas tuduhan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ketika menjalankan kerja dakwah di Haiti.

Daniel Pye terkenal dalam kalangan mubaligh apabila beliau membantu usaha menyelaras bantuan di Jacmel, Haiti selepas kejadian gempa bumi pada Januari 2010.

Beliau dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan di Haiti pada 2011 selepas terbabit dalam pertikaian berhubung pemilikan sebuah rumah bagi kegunaan kanak-kanak dengan ahli kumpulannya.

Hasil siasatan selama dua tahun, pihak pendakwaan persekutuan di sini, mendakwa Pye atas empat pertuduhan kerana melakukan perjalanan ke Haiti dari Florida Utara dengan tujuan membabitkan diri dalam kegiatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Menurut dokumen mahkamah, Pye diberkas pada Selasa lalu di Arkansas. Beliau yang menetap di Arkansas bersama isterinya, bekerja sebagai kaunselor di pusat tingkah laku kanak-kanak.

Namun, hakim di Texarkana, Arkansas membebaskan Pye yang tidak memiliki rekod jenayah dengan jaminan bon AS$5,000 (RM22,227) selepas beliau menyerahkan pasportnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan di Miami mengemukakan permohonan supaya penghakiman itu ditarik balik, dengan alasan bekas mubaligh itu bakal berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun bagi setiap pertuduhan dan pernah cuba membunuh diri.

Sementara itu, peguam yang dilantik bagi mewakili Pye di Arkansas tidak memberi maklum balas terhadap pesanan telefon bagi mendapatkan komennya.

Menurut dokumen mahkamah, siasatan bermula pada April 2015, selepas pihak siasatan keselamatan dalam negeri menerima maklumat mengenai pembabitan Pye dalam kegiatan penderaan seksual wanita bawah umur di sebuah rumah penjagaan kanak-kanak di Haiti pada 2008 hingga 2012. - AP
Bekas Mubaligh Dituduh Buat Penderaan Seksual Bekas Mubaligh Dituduh Buat Penderaan Seksual   Reviewed by Unknown on March 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.