WASHINGTON: Dua masjid di Maryland menerima surat ancaman yang menggesa 'pembunuhan umat Islam', dalam kejadian yang disifatkan sebagai jenayah kebencian.
"Presiden Persatuan Pendidikan Islam menemui sampul dalam peti surat, Isnin lalu yang mengandungi nota ancaman," kata Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR).
Polis berkata, kejadian itu disiasat sebagai jenayah kebencian.
Jemaah di masjid berkenaan dilaporkan masih ketakutan selepas menerima mesej yang diletakkan dalam peti surat.
"Ia mengecewakan, tetapi kami tidak dapat mengawal semuanya. Saya tidak tahu apa yang berada dalam minda mengenai apa mereka yang mahu lakukan," kata pemegang amanah Persatuan Pendidikan Islam Maryland, Taiyab Mohiudden, yang dipetik CBS Baltimore.
Beliau menemui nota itu yang diletakkan bersama-sama dengan surat lain yang berbunyi, 'saya akan membawa AS$100 (RM444) kepada pusat kebajikan bagi setiap umat Islam yang dibunuh.'
"Nota mengandungi mesej sama juga ditemui di pusat komuniti Islam beberapa kilometer dari situ," lapor akhbar New York Daily News.
Polis mendedahkan, setem pada sampul adalah dari Eropah.
"Ia benar-benar mencetuskan kebimbangan dan kemarahan saya. Apakah jenis manusia yang menghantar nota seperti ini," kata jurucakap CAIR, Zainab Chaudry.
Kejadian itu berlaku di tengah-tengah gelombang ancaman bom kepada pusat komuniti Yahudi di New York, Michigan, New Jersey dan beberapa negara lain. - HINDUSTAN TIMES
Dua Masjid Terima Surat Gesa Pembunuhan Muslim
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: