LIMBANG: Program pembangunan yang dirancang dilaksanakan di seluruh kawasan hanya dapat dilaksanakan secara konsisten jika sokongan padu terus diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti, Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sokongan padu rakyat menjadi pemangkin kepada kejayaan kerajaan menjadikan negeri dan negara ini maju serta dikenali negara luar.
“Malaysia masih sebuah negara membangun dan kerajaan komited membangunkan seluruh kawasan termasuk Limbang.
“Pelbagai perancangan sudah diatur untuk dilaksana termasuk empangan, infrastruktur di sini dan bagi menjayakan pembangunan ini, kita perlu meneruskan sokongan padu kerajaan BN sekali gus membawa lebih banyak pembangunan,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi kerajaan juga akan membangunkan Gunung Buda untuk mempromosikan Limbang di peta dunia, sekali gus menarik ramai pelancong luar ke daerah ini.
Dalam pada itu katanya pelbagai bantuan disediakan kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini termasuk kesihatan dan kebajikan.
“Sebagai rakyat, kita perlu berterima kasih dan terus memyokong kerajaan BN,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkat, akibat hasutan puhak tidak bertanggungjawab terdapat sesetengah rakyat lupa sebenarnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan.
Menurutnya, ketua kampung dan ketua masyarakat perlu memainkan peranan menyampaikan maklumat mengenai BR1M kepada rakyat termasuk anak-anak buah di kawasan mereka.
Beliau menambah, ramai rakyat yang layak menerima bantuan daripada kerajaan berdasarkan kemampuan ekonomi dan kewangan kerajaan untuk diteruskan kepada mereka yang layak.
“Sesetengah pihak menghasut rakyat dan memburuk-burukkan kerajaan, meskipun kerajaan banyak membantu dan mengutamakan kebajikan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan,” jelasnya.-Sarawakiana
Sokong BN Untuk Pembangunan Berterusan
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: