Seo Services

Penduduk Long Sobeng Akhirnya Dapat Bantuan Makanan


MIRI: Selepas gagal menghantar bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir di Long Sobeng Rabu lepas, Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini berjaya menghantar bantuan.

Kawasan Long Sobeng yang terletak dalam daerah Baram terputus hubungan akibat banjir.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, helikopter berlepas dari landasan unit udara Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.40 pagi tadi untuk menghantar bantuan.

"Kira-kira 30 minit penerbangan dari Miri ke Long Sobeng. Bantuan sepatutnya dihantar semalam (Rabu), namun disebabkan cuaca buruk maka penghantaran bantuan ditangguhkan hari ini," katanya.

Beliau menjelaskan, dianggarkan 200 penduduk di Long Sobeng terjejas dan terputus hubungan melalui jalan darat.-Sarawakiana



Penduduk Long Sobeng Akhirnya Dapat Bantuan Makanan Penduduk Long Sobeng Akhirnya Dapat Bantuan Makanan Reviewed by Unknown on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.