Seo Services

Pengusiran Jong-chol: Pegawai Kedutaan Korea Utara 'Kunci Mulut'


PUTRAJAYA: Pegawai kedutaan Korea Utara dilihat berada di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen selepas suspek Ri Jong-chol dihantar ke sini untuk proses penghantaran pulang ke negara asal.

Pegawai berkenaan, Kim Su Yong, tiba kira-kira sejam selepas Jong-chol dibawa ke sini oleh polis yang membuat kawalan ketat terhadapnya, kira-kira pukul 9.15 pagi Jumaat.

Su Yong, yang dipercayai membantu membebaskan Jong-chol, muncul dari bangunan itu yang dipenuhi pihak media sebelum tengah hari.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berminat untuk bercakap dengan media apabila terus berjalan menuju keretanya.

Malangnya, beliau yang tidak dapat mencari kenderaannya, terpaksa berjalan mundar-mandir di luar bangunan Imigresen selama lima minit.

Pada masa itu, Su Yong telah dihujani soalan daripada pihak media yang membentuk satu bulatan dan bergerak di sekelilingnya.

Beliau hanya berteriak 'no komen' kepada semua soalan sambil mencari keretanya.

Akhirnya, apabila pemandunya tiba, beliau berkata 'ada kenyataan media'.

Jong-chol dibebaskan pada awal Jumaat selepas tamat tempoh reman. Dia dijadualkan akan dihantar pulang ke negara asal.-mStar
Pengusiran Jong-chol: Pegawai Kedutaan Korea Utara 'Kunci Mulut' Pengusiran Jong-chol: Pegawai Kedutaan Korea Utara 'Kunci Mulut' Reviewed by Unknown on March 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.