Seo Services

Ri Jong-Chol Dilarang Ke Malaysia



KUALA LUMPUR: Lelaki warga Korea Utara, Ri Jong-chol, yang diusir pulang ke negaranya hari ini akan disenarai hitam daripada memasuki negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan polis mendapati Jong-chol yang sepatutnya berada di negara ini untuk bekerja didapati menjalankan pekerjaan yang tidak pernah dilakukannya.

"Kita tak mahu elemen seperti ini berlaku di negara ini. Kerajaan perlu tegas agar negara kita tak dijadikan pangkalan kegiatan diragui seperti dilakukan Jong-chol," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Majlis Belia FELDA Malaysia, di sini, hari ini.

Jong-chol direman sejak 18 Februari lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, sebelum dibebaskan berikutan kekurangan bukti untuk pendakwaan.

Dia diarah diusir pulang ke negara asal dan selepas lebih enam jam berada di Jabatan Imigresen di Putrajaya, Jong-chol dibawa dengan kenderaan polis ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk proses pengusiran, hari ini.-BH
Ri Jong-Chol Dilarang Ke Malaysia Ri Jong-Chol Dilarang Ke Malaysia Reviewed by Unknown on March 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.