Seo Services

SPR Siap Sedia Hadapi PRU-14



SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan (SPR) sedia mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jika kerajaan memilih untuk membubarkan Parlimen pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata menguruskan PRU-14 tidak menjadi masalah kerana kakitangan dan petugas sentiasa bersedia menguruskan pilihan raya pada bila-bila masa.

"SPR tidak kisah hendak bubar bila sekali pun kerana kami sentiasa bersedia kerana tugas utama SPR ialah kendalikan pilihan raya.

"Kita akan uruskan sebaik mungkin," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Pendaftaran Pengundi di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail; Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan pengasas Sifu FB, Jamaluddin Bahari.

Mohd Hashim berkata, semua pihak diminta tidak mengaitkan SPR dengan mana-mana parti politik.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hashim berkata, seramai 4.06 juta rakyat negara ini yang layak berdaftar sebagai pengundi belum berbuat demikian.

"Lebih 18 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas layak mengundi. Namun, bilangan terkini yang berdaftar sebagai pengundi ialah kira-kira 14 juta.

"Angka ini dianggap membimbangkan kerana jumlahnya besar dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda," katanya.-BH
SPR Siap Sedia Hadapi PRU-14 SPR Siap Sedia Hadapi PRU-14 Reviewed by Unknown on March 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.