MIRI: Polis menahan tiga warganegara Indonesia yang dipercayai menjadi pengedar dadah dalam serbuan di sebuah bilik sewa di Batu Niah di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata suspek merupakan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 dan 42 tahun.
"Turut dirampas dalam serbuan 2.45 pagi itu ialah 14 paket mengandungi 39 gram bernilai RM7,800 dan satu alat penimbang digital," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata seorang suspek lelaki berusia 24 tahun didapati positif amphetamine.- BERNAMA
Tiga Warga Indonesia Dipercayai Pengedar Ditahan Di Miri
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: