KUANTAN: Ingin menonjolkan diri dan identiti, selain mengagung-agungkan senior yang pernah ditangkap atas kesalahan jenayah antara punca pelajar terjebak dalam kancah gengsterisme.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, justeru persepsi silap yang memandang tinggi rakan kononnya berkuasa itu perlu diperbetulkan dengan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa.
Katanya, bagi mengatasi masalah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pihak sekolah tidak menyembunyikan kegiatan pelajar mereka dengan tampil memberikan kerjasama menyalurkan maklumat, selain pihaknya juga sudah mengenal pasti beberapa sekolah terbabit bagi mengelak ia terus berlarutan.
“Kita (polis) sudah ada ‘sasaran’ beberapa sekolah di seluruh negara yang terbabit masalah ini dan pemantauan sedang dilakukan.
“Tidak perlulah saya sebut di sini (jumlah sekolah), mereka (pihak sekolah) faham-faham sajalah dan tampil bekerjasama dengan kita. Polis juga sudah melakukan tindakan termasuk risikan dan perjumpaan dengan guru disiplin disekolah yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, semalam.
Dalam majlis itu, bekas Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman dilantik menggantikan Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani yang bersara selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011.-myMetro
Agungkan Senior DItangkap Punca Pelajar Terjebak Gengsterisme
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2017
Rating:

No comments: