PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan beberapa dasar dan polisi sedia ada diubah suai bagi memberi impak lebih besar dalam memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.
Dalam ucapannya pada perasmian Makmal Sindikasi Hala Tuju Tansformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0) hari ini, beliau berkata tidak semua pendekatan memerlukan pembiayaan besar atau perlu mengadakan program-program baharu.
Ahmad Zahid berkata antara dasar yang mungkin boleh dibincangkan dalam makmal itu ialah menentukan syarikat, termasuk milik bukan Bumiputera, yang mendapat konsesi atau pembiayaan kerajaan, memperkenal polisi diversiti.
"Ini bagi menentukan sebahagian projek dibahagikan kepada Bumiputera, dan agihan projek dibuat secara telus berasaskan merit menggunakan pendekatan bahagi dan bersaing sedia ada," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan
Ahmad Zahid berkata syarikat-syarikat itu juga boleh mengemukakan pelan bagi meningkatkan bilangan Bumiputera dalam pengurusan kanan syarikat masing-masing selari dengan polisi diversiti itu. - Bernama
Beberapa Dasar Perlu Diubahsuai Tingkatkan Ekonomi
Reviewed by Unknown
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: