BOGOTA – Angka korban akibat bencana tanah runtuh di Mocoa, Colombia meningkat kepada 207 orang, kata Presiden negara itu Manuel Santos pada Ahad.
Daripada jumlah itu, 43 orang terdiri daripada kanak-kanak.
Hujan lebat pada Jumaat menyebabkan peningkatan jumlah air di tiga batang sungai sekaligus menyebabkan limpahan tanah dan lumpur.
Sekurang-kurangnya 300 keluarga hilang tempat tinggal.
Santos yang melawat kawasan kejadian berkata, fasa bantuan kemanusiaan bermula sekarang selain mempercepatkan usaha pemulihan terhadap keperluan asas.
Turut mengiringinya isteri beliau Maria Clemencia Rodriguez yang bertanggungjawab menyelaras bantuan kemanusian untuk kanak-kanak.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 85 mangsa masih hilang dan kemungkinan angka korban terus meningkat.
Hujan lebat berterusan pada Jumaat itu mengakibatkan air Sungai Mocoa, Mulatos dan Sangoyaco melimpah dan benting pecah. – BERNAMA
Korban Tanah Runtuh Di Colombia Meningkat 207
Reviewed by uMieySurianie
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: