KUANTAN: Berat penderitaan ditanggung seorang wanita yang kini bertarung nyawa melawan penyakit kanser payudara tahap tiga dihidapinya sejak enam tahun lalu.
Penyakit itu menyebabkan ketumbuhan pada payudara kanan Depi Lestari Ucu Buriana, 32, yang kini mencecah 3.8 kilogram (kg).
Ia menyebabkan Depi Lestari yang juga warga Indonesia menahan kesakitan setiap hari kerana tidak mampu merawat penyakit itu akibat kemiskinan.
“Hendak buat rawatan di hospital saya tidak mampu kerana saya tidak mampu bekerja dan hanya bergantung kepada jiran yang sanggup menjadikan saya anak angkatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Damai, di sini, kelmarin.
Katanya, sebelum ini dia pernah disahkan menghidap kanser itu sekitar 2009, namun disahkan sembuh selepas menjalani rawatan.
“Namun, pada 2011 saya sering demam, hasil pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, doktor sahkan kanser sudah merebak ke tahap tiga.
“Doktor saran untuk jalani pembedahan tetapi saya tidak mampu, jadi saya terpaksa membiarkan ketumbuhan ini membesar. Saya hanya bertahan dengan ubat tahan sakit dibekalkan hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Depi Lestari berkata, desakan kemiskinan dihadapinya kerana tidak mampu bekerja sejak tujuh tahun lalu membuatkannya terpaksa berharap kepada ibu tunggal beranak tiga, Sarwini Sarwin, 52, walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Cawangan Jaya Gading Norhaimah Zainal Abidin berkata, walaupun Depi Lestari warga asing namun atas faktor kemanusiaan pihaknya membantu menyalurkan bantuan kewangan dan ubatan untuknya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 016 9455038 untuk menyalurkan sumbangan.-myMetro
Derita Tanggung Ketumbuhan 3.8kg
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2017
Rating:
No comments: