Seo Services

Meninggal Dunia Dalam Lokap


BACHOK: Tahanan lelaki meninggal dunia di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, pagi tadi.

Lelaki berusia 42 tahun itu meninggal pada 4.30 pagi akibat sesak nafas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, lelaki berkenaan ditahan seminggu lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana terbabit dengan dadah jenis heroin.

"Semalam, lelaki itu sudah dihantar ke Hospital Pasir Mas kerana mengadu masalah yang sama dan menerima rawatan sebagai pesakit luar sebelum kembali ke lokap.

"Pagi tadi, sekali lagi dia mengadu sesak nafas dan tindakan diambil apabila pihak polis memanggil pasukan perubatan hospital yang mengesahkan lelaki terbabit meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-HM
Meninggal Dunia Dalam Lokap Meninggal Dunia Dalam Lokap  Reviewed by Unknown on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.