Seo Services

RM5.4 Bilion Dibelanja Untuk BR1M



KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membelanjakan kira-kira RM5.4 bilion bagi membayar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 6.32 juta penerima sehingga akhir Februari lalu.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata daripada jumlah itu, negeri Selangor muncul penerima tertinggi iaitu seramai 831,473 orang membabitkan peruntukan lebih RM688 juta.

Ia diikuti negeri Johor seramai 766,948 orang membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM653 juta dan Sarawak seramai 709,845 (kira-kira RM624 juta).

Putrajaya pula mencatat penerima terendah iaitu seramai 6,689 orang membabitkan peruntukan hampir RM4.94 juta. BR1M mula dilaksanakan pada Disember 2011 bertujuan memberi bantuan kewangan kepada golongan sasar bagi meringankan beban rakyat. - BH

RM5.4 Bilion Dibelanja Untuk BR1M RM5.4 Bilion Dibelanja Untuk BR1M  Reviewed by uMieySurianie on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.