Seo Services

Polis Sarawak Tahan 4 Suspek Cetak Wang Palsu


KUCHING: Empat individu berusia 16 hingga 33 tahun terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki berjaya diberkas polis kerana disyaki mencetak dan memiliki wang palsu.

Kesemua mereka ditahan di sekitar bandar ini pada 24 dan 30 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, hasil risikan pihak JSJK membawa kepada penahan individu-individu berkenaan.

“Kumpulan ini mula aktif sejak Jun tahun lalu berdasar hasil laporan yang diterima pihak polis oleh peniaga-peniaga di sekitar Kuching dan Padawan menerima wang palsu RM100.

"Sebanyak 38 keping wang palsu RM 100 dan peralatan yang digunakan untuk mencetak wang-wang palsu berkenaan iaitu lilin, kertas bersaiz A4, spray, mesin pencetak serta mesin pengimbas turut dirampas," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Kesemua suspek kini ditahan bagi menjalani siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 489B dan 489C Kanun Keseksaan kerana mencetak dan memiliki wang palsu.-Sarawakiana


Polis Sarawak Tahan 4 Suspek Cetak Wang Palsu Polis Sarawak Tahan 4 Suspek Cetak Wang Palsu Reviewed by Unknown on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.