CHONBURI: Ratusan orang berkumpul di pantai di sini semalam untuk melepaskan 1,066 penyu ke laut sebagai sebahagian daripada perayaan menyambut ulang tahun kelahiran raja baru mereka, Vajiralongkorn minggu ini.
Angka 1,066 itu dipilih sebagai simbol nombor 10 untuk Raja Rama X, gelaran untuk Vajiralongkorn sementara 66 ialah satu lebih daripada umur sebenarnya, sebagai ucapan untuk usianya yang lebih panjang.
Penganut Buddha di negara itu percaya dengan melepaskan haiwan yang dikurung adalah satu cara untuk mendapatkan karma yang lebih baik.
Penyu yang dilepaskan semalam ditetaskan daripada telur yang dikumpul oleh tentera laut dari Pulau Koh Kram.
Sebahagian baru berusia seminggu.
Vajiralongkorn mewarisi takhta itu Disember lalu selepas kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober.- Agensi
1,066 Penyu Dilepas Untuk Sambut Hari Jadi Raja Thailand
Reviewed by uMieySurianie
on
July 27, 2017
Rating:

No comments: