Seo Services

Lelaki Diberkas Cuba Seludup 'Kerepek Kentang Ular Tedung'


LOS ANGELES: Seorang lelaki ditahan kelmarin selepas pendakwa persekutuan menuduhnya merancang penyeludupan tiga ular tedung selar hidup di dalam balang kerepek kentang.

Rodrigo Franco, 34, didakwa mengimport barangan secara haram ke negara itu membabitkan bungkusan dari Hong Kong yang dirampas ejen Kastam dan Perlindungan Sempadan pada 2 Mac lalu.

Bungkusan itu mengandungi tiga ular berukuran kira-kira 0.61 meter yang disembunyikan di dalam balang berkenaan.

Tiga penyu albino juga ditemui di dalam bungkusan itu. Pendakwa berkata, Franco turut menghantar bungkusan ke Hong Kong pada hari sama yang mengandungi enam penyu dari spesies dilindungi.

Franco dilaporkan mengaku pernah menerima 20 ular tedung selar dua kali sebelum ini, tetapi semua reptilia berkenaan mati dalam perjalanan.

Dia kini berdepan hukuman penjara 20 tahun.-Reuters
Lelaki Diberkas Cuba Seludup 'Kerepek Kentang Ular Tedung' Lelaki Diberkas Cuba Seludup 'Kerepek Kentang Ular Tedung' Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.