Seo Services

Prestasi Jualan Kenderaan Di Malaysia – Beza Antara 1H 2017 Dan 1H 2016



Dengan berakhirnya separuh pertama (1H) 2017, bagaimana pula cerminan terhadap prestasi jualan kenderaan di Malaysia? Berdasarkan data yang disediakan oleh MAA, mari kita lihat perbezaannya berbanding tempoh sama tahun lalu.

Secara keseluruhannya, jumlah jualan kenderaan sepanjang 1H 2017 mencatatkan peningkatan sebanyak 9,002 unit atau 3.27% kenderaan dijual; menjadi 284,461 unit berbanding 275,459 unit bagi 1H 2016. Jika dilihat kepada jenama dan pemain industri pula, Perodua terus mendahului dengan angka jualan 99,675 unit bagi separuh tahun ini; ini juga mewakili 2.3% peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu. Walaupun begitu, syarikat itu tetap mengalami sedikit penurunan perkongsian pasaran sebanyak 0.3%, kini dengan pegangan 35% dalam pasaran.

Sementara itu, prestasi Honda bagi 1H 2017 sangat menggalakkan. Syarikat itu mencatatkan sebanyak 52,527 unit berbanding 39,654 unit bagi tempoh sama tahun lalu. Ini merekodkan peningkatan 32.4%, serta perkongsian pasarannya juga tumbuh kepada 18.5% daripada 14.4%.

Di kedudukan berikutnya, Proton dan Toyota turut menyaksikan peningkatan dalam jualan bagi 1H 2017; Proton dengan 39,393 unit (+10.26%) manakala Toyota 33,723 unit (+23.76%). Kedua-duanya juga catat peningkatan bagi perkongsian pasaran; Proton 13.8% (+0.8%) dan Toyota 11.9% (+2%).

Bagi Mercedes-Benz, walaupun dengan jualan yang sediki menurun, jenama itu tetap menduduki tangga keenam dengan 6,034 unit kenderaan terjual; kurang 60 unit berbanding 1H 2016.Jenama lain yang turut mencatat pertumbuhan ialah BMW dengan 4,816 unit (+21.49%), Kia dengan 2,305 unit (+14.45%), Subaru dengan 2,291 unit (+39.19%) dan Renault dengan 295 unit (+30.53%).

Namun begitu, ada jenama-jenama yang tidak mencatatkan prestasi jualan yang positif. Antaranya termasuk Nissan, Volkswagen Mitsubishi dan Mazda – semuanya mencatatkan penurunan jualan lebih daripada 30% bagi tempoh ini. Sebaga kesannya, perkongsian pasaran jenama-jenama ini juga menurun. - Paultan

Prestasi Jualan Kenderaan Di Malaysia – Beza Antara 1H 2017 Dan 1H 2016 Prestasi Jualan Kenderaan Di Malaysia – Beza Antara 1H 2017 Dan 1H 2016 Reviewed by Azmin on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.