Seo Services

670 Anjing Peliharaan Sekitar Semeba Divaksin


KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mengadakan operasi pemvaksinan terhadap 670 ekor anjing peliharaan di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Kuching hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata operasi pemvaksinan itu dilaksanakan berikutan kawasan tersebut diisytiharkan positif wabak anjing gila atau rabies pada anjing pagi tadi.

"Jumlah anjing yang telah diberi vaksin di lokasi tersebut adalah sebanyak 670 ekor. Anjing peliharaan dari Kampung Semeba (231 ekor), Kampung Sudat (87 ekor), Kampung Tematu (69 ekor), Kampung Bumbok (69 ekor), Jalan Stephen Yong (44 ekor), Batu 5 Jalan Semeba (18 ekor) dan di luar kawasan Semeba dalam lingkungan 10 kilometer (152 ekor),"kata sekretariat itu.

Operasi pemvaksinan bermula 10.30 pagi dan berakhir 4.30 petang.

"Sehingga kini sejumlah 13,540 ekor haiwan kesayangan yang terdiri daripada 5,900 ekor anjing; 7,595 kucing dan 45 haiwan lain di kawasan yang terlibat wabak penyakit rabies telah divaksinkan,"kata kenyataan itu.

Sekretariat itu berkata bagi tempoh 2 hingga 23 Julai, kes kumulatif bagi kes gigitan baharu berjumlah 329 kes termasuk 20 kes di Serian dan satu di Sri Aman yang dilaporkan hari ini.

"Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April hingga ke hari ini berjumlah 770 kes. Seramai 459 orang telah datang untuk menerima suntikan vaksin,"kata sekretariat itu.-BERNAMA
670 Anjing Peliharaan Sekitar Semeba Divaksin 670 Anjing Peliharaan Sekitar Semeba Divaksin Reviewed by Unknown on July 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.