Seo Services

9 bida Bandar Malaysia bukti nilai tinggi projek


PUTRAJAYA: Pembidaan oleh sembilan syarikat yang tersenarai sebagai Fortune 500 bagi projek Bandar Malaysia adalah bukti kepercayaan syarikat gergasi itu terhadap nilai dan impak projek berkenaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata selain itu, syarikat itu juga mengakui kepentingan projek Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang akan dijangka siap pada 2026.

"Ini menunjukkan nilai Bandar Malaysia adalah baik untuk masa depan mereka. Selain itu, jika mereka tidak percaya HSR baik kepada negara, mengapa mereka membuat pembangunan di situ.

"Ini adalah dua petunjuk yang secara tidak langsung menguatkan hujah kerajaan bahawa inilah tempat yang akan menjadi salah satu 'game changer' untuk Kuala Lumpur terus membangun, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018: Menggiatkan Malaysia Sebagai Hab Logistik di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan tujuh syarikat China dan dua syarikat Jepun membida projek Bandar Malaysia.

Sementara itu, Johari berkata, Malaysia akan mengekalkan sasaran unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) empat hingga lima peratus pada tahun ini, walaupun Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) meningkatkan sasaran unjuran itu daripada 4.5 kepada 4.8 peratus.

"Ekonomi dunia ini dinamik dan tidak mudah untuk kita membuat semakan semula sasaran itu. Julat sasaran kita sudah agak luas dan kita akan lihat prestasi bagi suku kedua dan ketiga nanti," katanya.
9 bida Bandar Malaysia bukti nilai tinggi projek 9 bida Bandar Malaysia bukti nilai tinggi projek Reviewed by Azmin on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.