Seo Services

Khidmat e-Hailing Wajar Dibenarkan


KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus pengguna teksi di negara ini menggunakan aplikasi telefon mudah alih untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam itu, sekali gus menjadikan perkhidmatan e-hailing sebagai pelengkap dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan trend pasaran.

Bagaimanapun, hanya 14 peratus pemandu teksi cenderung menggunakan aplikasi berkenaan untuk mendapatkan penumpang dan ia mewujudkan jurang besar antara permintaan dan tawaran menerusi penggunaan aplikasi telefon mudah alih.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata perkhidmatan e-hailing tidak harus dilihat sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi konvensional, sebaliknya harus digunakan sebagai peluang kepada pemandu teksi untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Katanya, adalah wajar untuk perkhidmatan e-hailing iaitu aktiviti tempahan perkhidmatan teksi dalam talian melalui aplikasi pintar atau mudah alih dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perantara tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang.

"Langkah kawal selia ini adalah untuk memastikan penggunaan teknologi membawa kesan yang positif bukan sahaja pemandu teksi, pemandu kenderaan e-hailing dan penumpang, malah memberi ruang kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menerokai peluang dalam industri ini melalui pembangunan sistem aplikasi tempatan.

"Namun, rangka kerja perundangan sedia ada mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) tidak memadai bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing.

"Oleh itu kemasukan peruntukan baharu berkenaan perkhidmatan e-hailing adalah perkara pertama yang dicadangkan dalam pindaan rang undang-undang ini supaya ia dapat dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darah (SPAD)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini. - BHOnline
Khidmat e-Hailing Wajar Dibenarkan Khidmat e-Hailing Wajar Dibenarkan Reviewed by Azmin on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.