Seo Services

Abg Jo Tidak Mahu Buat Silap


Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukanlah perjanjian yang boleh dibuat main-main dan sembarangan.

Ia adalah satu perjanjian yang penting dan disebabkan perjanjian tersebut terbentuknya sebuah negara bernama Malaysia. Namun disebalik perjanjian tersebut, terpahat keistimewaan kedudukan Sarawak dan Sabah dibawah catitan perkara 18/20.

Untuk mendalami hal tersebut, kajian terhadap intipati perjanjian tersebut harus dirujuk dengan fakta sebenar.

Untuk merujuk isi kandungan sebenar, maka keputusan menghantar barisan peguam ke London adalah tepat memandangkan fakta sebenar 'roh' atau semangat perjanjian tersebut harus diperjuangkan agar perkara yang terhakis dapat dikembalikan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu membuat kesilapan dalam menuntut hak Sarawak. Ia harus dilakukan dengan asas dan fakta sebenar hak-hak Sarawak yang telah tercatit.

Memang begitulah yang seharusnya dilakukan. Setiap perkara mesti ada asas dan fakta agar segala perbincangan berkenaan hak-hak Sarawak berjalan lancar. Segala intipati perjanjian tersebut akan dirujuk dan perbincangan seterusnya terus dilaksanakan sehingga kembalinya hak Sarawak tanpa menjejaskan hubungan negeri dan pusat.

Ternyata Abang Johari lebih teliti dalam bertindak dan tidak mahu sebarang kesilapan berlaku. Ini juga memberi pandangan yang Abang Johari lebih terperinci memperjuangkan hak Sarawak dan bukan membuat pusingan 'U' seperti yang didakwa oleh pembangkang.-Abdul Halim Jantan
Abg Jo Tidak Mahu Buat Silap Abg Jo Tidak Mahu Buat Silap Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.