Seo Services

Aceh Dilanda Jerebu



MEULABOH: Jumlah pesakit jangkitan paru-paru terutama di kalangan kanak-kanak meningkat di hospital Aceh susulan asap tebal disebabkan kebakaran hutan.

Persekitaran yang kurang sihat itu juga menyebabkan beberapa sekolah terpaksa ditutup, manakala ada kanak-kanak yang ke sekolah memakai topeng muka.

Sejak minggu lalu, kira-kira 35 kawasan kebakaran sudah memusnahkan 70 hektar hutan di Aceh, kata agensi bencana kebangsaan.

"Tindakan petani membersihkan ladang dengan cara membakar menyebabkan kebakaran merebak," kata jurucakap agensi itu, Sutopo Purno Nughoro.

Penduduk dinasihatkan memantau ladang mereka dan tidak membakarnya, terutama ketika musim kemarau kerana api lebih cepat marak.

Pihak berkuasa memberi amaran kebakaran hutan akibat kemarau mungkin berterusan selama beberapa bulan.

Jerebu adalah masalah tahunan di Indonesia disebabkan kebakaran hutan apabila pemilik ladang membersihkan tanah mereka untuk penanaman kelapa sawit.

Asap daripada kebakaran hutan di Sumatera yang dibawa angin biasanya menyebabkan negara jiran seperti Singapura dan Malaysia berjerebu. - AFP
Aceh Dilanda Jerebu Aceh Dilanda Jerebu Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.