Seo Services

Trump Haram Pondan Dalam Tentera


Tiada tempat untuk mak nyah dalam tentera Amerika Syarikat (AS).

Itu mesej tegas dan jelas Presiden Donald Trump melalui siri Tweet beliau pagi ini yang menolak golongan transgender berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara itu.

“Selepas mendapat nasihat daripada jeneral-jeneral saya dan pakar ketenteraan, saya nyatakan bahawa kerajaan AS tidak akan menerima atau membenarkan mana-mana individu transgender berkhidmat dalam apa juga kapasiti dalam tentera AS.

“Tentera kami mesti fokus kepada kemenangan yang tegas dan luar biasa, kita tidak boleh dibebani dengan kos perubatan yang besar dan gangguan mak nyah dalam tentera,” katanya dalam Twitter peribadinya semalam.

Semasa tahun terakhir pemerintahan Barack Obama di bawah Setiausaha Pertahanan Ash Carter menetapkan polisi membenarkan golongan berkenaan berkhidmat secara terbuka dalam tentera sekaligus menamatkan pengharaman sebelumnya.

Bagaimanapun Carter memberi tempoh setahun bagi tentera melaksanakan dasar itu.

Sementara itu Pentagon menyatakan bahawa pihak tentera akan bekerjasama rapat dengan White House dalam pelaksanaan sebarang dasar.

“Tanya White House,” kata jurucakap Pentagon Kapten Jeff Davis.-Agensi
Trump Haram Pondan Dalam Tentera Trump Haram Pondan Dalam Tentera Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.