Seo Services

Akaun Bank Yingluck Kena Beku



BANGKOK: Pihak berkuasa membekukan tujuh akaun bank milik bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra yang berdepan saman berjumlah AS$1 bilion (RM4.28 bilion) berhubung kerugian skim subsidi beras ketika pentadbirannya.

Ia adalah tindakan undang-undang terbaru yang dihadapi Yingluck sejak dia disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2014.

Yingluck juga berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa gagal menghentikan aktiviti rasuah dalam skim subsidi padi berkenaan.

Bekas pemimpin itu juga diharamkan daripada segala aktiviti politik selama lima tahun.

Pasukan undang-undang Yingluck memfailkan petisyen bagi memohon satu injunksi terhadap saman AS$1 bilion berkenaan.

Jumlah saman itu lebih besar berbanding aset yang diisytiharkan Yingluck kira-kira AS$18 juta (RM77.1 juta).

Namun, Kementerian Kewangan meneruskan arahan itu dan merancang membekukan sekurang-kurangnya 12 akaun milik bekas pemimpin itu.

Peguam Yingluck semalam mengesahkan sekurang-kurangnya tujuh akaun bank milik bekas pemimpin itu sudah dibekukan. - Agensi

Akaun Bank Yingluck Kena Beku Akaun Bank Yingluck Kena Beku Reviewed by uMieySurianie on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.