Seo Services

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora - METmalaysia



KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, ribut petir di perairan Kelantan dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat malam ini, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," kata jabatan itu.

-- BERNAMA
Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora - METmalaysia  Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora - METmalaysia Reviewed by Unknown on July 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.