Seo Services

Anak Terperangkap, Ibu Masih Berkira Pecahkan Cermin Kereta


Ketika kebanyakan ibu bapa cemas apabila anak mereka terperangkap dalam kereta yang terkunci, seorang wanita di barat daya China pula nampaknya sempat ‘berkira-kira’ mengenai kos untuk menggantikan cermin keretanya.

Memetik portal Shanghaiist, kejadian berlaku di tempat letak kereta di Chongqing apabila bayi berusia satu tahun terperangkap di dalam sebuah kenderaan yang dimatikan enjin, dipercayai milik ibu mangsa.

Dalam keadaan penuh cemas itu, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian segera bersiap sedia dan bergegas untuk membuka pintu kereta bagi menyelamatkan bayi berkenaan.

Bagaimanapun, si ibu dikatakan mengajukan soalan kepada anggota penyelamat: “Bahagian cermin yang mana satu lebih murah untuk digantikan”, seolah sedang membuat pertimbangan antara kos menukar cermin dengan nyawa bayinya sendiri.

Selepas dimaklumkan oleh anggota bomba bahawa cermin di bahagian penumpang adalah lebih murah, wanita itu akhirnya memberikan kebenaran kepada anggota penyelamat untuk memecahkan cermin dan menyelamatkan anaknya.

Tindakan wanita itu mendapat kecaman teruk dalam kalangan pengguna media sosial tempatan yang mana rata-rata mengatakan bahawa si ibu lebih mempedulikan soal kewangan berbanding anaknya sendiri.

Pada awal bulan ini, seorang wanita juga dikecam netizen ekoran dia bertanya kepada seorang anggota polis siapa yang akan membayar kos membaiki cermin kereta yang dipecahkan selepas pegawai itu menyelamatkan anaknya yang tidak sedarkan diri akibat terperangkap dalam kereta terkunci.-Malaysian Digest
Anak Terperangkap, Ibu Masih Berkira Pecahkan Cermin Kereta Anak Terperangkap, Ibu Masih Berkira Pecahkan Cermin Kereta Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.