Seo Services

Tillerson nafi akan letak jawatan


WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson menafikan dakwaan beliau merancang meletak jawatan kerana perselisihan dengan Rumah Putih.

"Saya tidak ke mana-mana," kata Tillerson kepada wartawan ketika menerima kunjungan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Presiden Donald Trump sebagai 'baik' dan akan kekal memegang jawatan itu selagi dikehendaki presiden.

Status jawatan Tillerson menjadi subjek spekulasi minggu ini di Washington susulan laporan CNN.

Menurut CNN, antara perbalahan ketara Tillerson dengan Rumah Putih adalah perbahasan berhubung dasar Iran dan proses menamakan kakitangan Rumah Putih selain pendekatan dasar luar Trump yang mengelirukan.

Rangkaian itu memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata Tillerson memberitahu mereka yang rapat dengannya beliau akan melepaskan jawatan itu menjelang akhir tahun ini.

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert, menafikan Tillerson akan meletak jawatan.

Beliau berkata, Tillerson mengambil cuti beberapa hari selepas berkunjung ke negara Teluk Julai lalu untuk cuba menamatkan krisis diplomatik antara Qatar dan beberapa negara jirannya. - AFP
Tillerson nafi akan letak jawatan Tillerson nafi akan letak jawatan Reviewed by Azmin on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.