Seo Services

Wanita Maut Dihempap Lori Batu


KANGAR: Seorang wanita maut dihempap lori membawa muatan batu dalam kemalangan di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis di sini, tengah hari tadi.

Selain kenderaan dinaiki mangsa, lori terbabit turut melanggar tiga kenderaan lain yang menyebabkan beberapa pengguna jalan raya lain mengalami kecederaan.

Seorang wanita maut dihempap lori membawa muatan batu dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, di sini, tengah hari tadi. - Foto ihsan Pembaca

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis, Pegawai Kanan II Marshahadi Mehad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari, sebelum bergegas ke lokasi.

"Terdapat empat mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan tiga perempuan, di mana salah seorang daripada mereka maut akibat tersepit di dalam kereta PERODUA Viva yang remuk.

"Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, manakala mayat mangsa yang maut dihantar ke bilik mayat hospital sama," katanya.

Difahamkan, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.-Berita Harian

Wanita Maut Dihempap Lori Batu Wanita Maut Dihempap Lori Batu Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.