Seo Services

Buruh Lelaki Mengaku Curi Seluar Dalam Wanita


Buruh lelaki ditahan bersama beg mengandungi pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita di Taman Desa Putra Banggol, Manir, Kuala Terengganu, kelmarin.

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan polis pada 12.10 tengah hari selepas berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan berkenaan.

Menurut sumber, pemeriksaan lanjut terhadap beg dibawa suspek menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.

Katanya, suspek yang pernah ditangkap kerana kes pecah rumah itu mengaku mencuri pakaian dalam milik penduduk wanita di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sebelum ini, gambar suspek yang ditahan bersama pakaian dalam itu menjadi tular di laman sosial Facebook yang mengingatkan suri rumah agar berhati-hati berikutan kes kecurian seluar dan baju dalam di kawasan berkenaan.-myMetro
Buruh Lelaki Mengaku Curi Seluar Dalam Wanita Buruh Lelaki Mengaku Curi Seluar Dalam Wanita Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.