WASHINGTON: Di sebalik spekulasi hangat membabitkan masa depannya, jaringan tunggal Neymar memastikan kemenangan Barcelona ke atas Manchester United 1-0 pada aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa, pagi tadi.
Penyerang Brazil itu kini hangat dilaporkan bakal berhijrah ke Paris Saint-Germain dengan nilai termahal dunia STG222 juta (RM111.4 juta) dan apa yang dipamerkan pada aksi berkenaan membuktikan mengapa nilai itu wajar.
Neymar sudah menghasilkan tiga gol dalam dua perlawanan di kejohanan ini dan kemenangan itu menghadiahkan kekalahan pertama buat United dalam kempen pra musim kali ini.
United nyata memulakan kejohanan ini dengan baik, namun pada perlawanan itu Red Devils ternyata sukar untuk mengekang gandingan Neymar dan Lionel Messi.
Gol tunggal permainan dihasilkan pada minit ke-31 selepas Neymar merampas bola daripada Antonio Valencia di dalam kotak penalti sebelum tenang menolak masuk ke gawang United.
Kemenangan itu juga menghadiahkan kemenangan kedua berturut-turut buat pengendali baharu Barcelona, Ernesto Valverde. - AFP
Gol Neymar benam Man Utd
Reviewed by Unknown
on
July 27, 2017
Rating:

No comments: