Seo Services

Penjagaan, Perlindungan Haiwan Perlu Kerana Sebahagian Komuniti



Akta Kebajikan Haiwan 2015 adalah untuk memberikan kesedaran dan peringatan kepada masyarakat bahawa haiwan juga merupakan sebahagian komuniti dalam masyarakat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penjagaan dan perlindungan kebajikan haiwan adalah salah satu aspek dalam meletakkan Malaysia sebagai negara maju.

“Salah satu isu yang meletakkan Malaysia sebagai negara maju, bukan sahaja melihat negara menjaga kebajikan terhadap rakyatnya sahaja tetapi turut haiwan juga tidak terlepas untuk diberi tumpuan dari segi penjagaan dari penganiayaan kerana ia juga sebahagian daripada komuniti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri, di sidang Dewan Rakyat, Khamis.

Menurutnya lagi, Akta yang digubal pada tahun 2015 itu lebih menekankan kesedaran dan penghayatan terhadap penjagaan haiwan daripada diabaikan sehingga berlaku penganiayaan kepada haiwan.

“Akta ini baharu dan setakat ini belum ada pendakwaan.

“Kalau ada kes pun tidak berat dan diberi amaran untuk membaiki keadaannya, dan ada juga peruntukkan untuk denda kompoun yang melakukan kesalahan terhadap kebajikan haiwan,” jelasnya ketika menjawab soalan tambahan dari Ahmad Nazlan.

Ahmad Shabery juga menegaskan ada 13 jenis aktiviti melibatkan haiwan perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu.

“Mereka yang nak membuat penginapan hotel haiwan, persembahan haiwan, membuat penyelidikan haiwan dan sebagainya perlu mendapatkan lesen.

“Tapi kalau setakat nak jaga kucing di rumah, tak perlulah nak minta lesen,” jelas Ahmad Shabery lagi. - BNBCC
Penjagaan, Perlindungan Haiwan Perlu Kerana Sebahagian Komuniti Penjagaan, Perlindungan Haiwan Perlu Kerana Sebahagian Komuniti Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.