SEORANG ibu telah mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan telah menggunakan susu badan untuk membuat brownies yang kemudiannya dijual di sekolah.
Pendedahan ibu yang tidak dinamakan itu, telah mencetuskan kecaman daripada ibu lain yang jijik dengan perbuatannya.
Ibu berkenaan dilaporkan menggunakan media sosial untuk meminta nasihat bagaimana untuk memberikan pemahaman ramai mengenai perkara tersebut.
“Saya memerlukan sedikit nasihat. Saya membuat brownies untuk jualan kek di sekolah yang mengandungi susu badan saya.
“Saya tidak mempunyai masa untuk berkejar ke kedai dan saya rasa ia bukan perkara besar (kanak-kanak mendapat khasiat),” katanya.
Pendedahannya telah dikongsi dalam Facebook Sanctimommy minggu lepas.
Ternyata bukan nasihat yang diberikan sebaliknya dia dihujani dengan kemarahan ramai, yang menyifatkan penggunaan susu ibu sama seperti mencampurkan kek berkenaan dengan air kencing.
Malah ramai yang tidak menyangka wanita itu `gila’ kerana sanggup berbuat demikian.
Sedangkan kata mereka, jika tiada susu, dia boleh menggunakan air sahaja dalam adunan brownies itu. –MYNEWSHUB.CC
Guna Susu Badan Untuk Buat Brownies & Jual Di Sekolah
Reviewed by Unknown
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: