BETONG: Tuduhan yang menyatakan tujuan sebenar kerajaan melakukan ukur keliling tanah Hak Adat Bumipuetra (NCR) adalah untuk merampas tanah adalah tidak berasas sama sekali.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, tujuan kerja-kerja ukur keliling NCR akan diteruskan seterusnya surat hak milik tanah akan dikeluarkan di bawah Seksyen 6 (Kanun Tanah Negeri).
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap NCR, saya mahu mengatakan bahawa kerja-kerja mengukur keliling NCR akan diteruskan dan seterusnya surat hak milik tanah akan dikeluarkan di bawah Seksyen 6 (Kanun Tanah Negeri).
"Ini kerana masih ada kawasan yang belum disukat kerana ada yang berpendapat, kerajaan akan mengambil tanah mereka selepas disukat. Kalau kerajaan hendak mengambil tanah kenapa ada Seksyen 47.
"Apa guna tanah disukat, diwarta dan kemudian diberikan surat hak milik selepas itu diambil (kerajaan), bukankah itu kerja bodoh?" katanya.
Memerik laporan Utusan Borneo, Uggah memberitahu bahawa tujuan kerja ukur keliling dilakukan adalah untuk mengiktiraf tanah NCR rakyat dan surat hak milik dipegang oleh ketua masyarakat, milik bersama pendudk rumah panjang atau kampung.
Jelas beliau, adalah rugi sekiranya pemilik tanah enggan tanah mereka disukat tambahan kerajaan telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk tujuan itu. - Sarawakiana
Tanah NCR Diukur Keliling Bukan Untuk Dirampas
Reviewed by Azmin
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: