Kebanjiran produk kesihatan dan kecantikan pada masa kini mendorong pengeluar dan pengedar barangan tertentu untuk melakukan sesuatu kelainan bagi menarik perhatian pengguna, dan salah satunya adalah menerusi iklan.
Ada pengeluar meletakkan papan iklan yang besar di sepanjang lebuh raya, manakala ada juga yang menghasilkan video dan memuat naik di laman sosial.
Terbaharu, sebuah video mempromosikan produk kesihatan khusus untuk para lelaki mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana ia disifatkan terlalu lucah dan terlampau.
Video berdurasi 58 saat dimuat naik seorang ‘selebriti laman sosial’, Daniel Zamri di laman sosial Instagram dan Twitternya, Niel For Short memaparkan kehebatan produk ubat kuat untuk lelaki yang mampu memberi kesan dalam jangka masa pendek selepas menggunakannya.
Berdasarkan video tersebut, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan mengadu kepada suaminya selepas tidak puas dalam hubungan seksual kerana kemaluan suaminya kecil.
Video juga memaparkan si isteri memarahi si suami dan menunjukkan ‘pisang’ dengan berkata; “Sepanjang lima tahun perkahwinan kita, saya tidak pernah puas!.”
Pada saat ke-20, si suami akhirnya menemui jalan penyelesaian terhadap masalahnya itu selepas menggunakan satu produk membesarkan saiz zakar.
Babak-babak lucah dilihat bermula apabila lelaki itu menyapu ubat kuat pada sebiji ‘pisang’ sebelum dengan pantas pisang itu berubah menjadi semakin besar, sambil kapsyen menyatakan: “L** O** akan menambahkan ukur lilit kepada boboi (zakar) bro! ... Menambahkan pembesaran...”
Terkejut dengan hasil sebaik menggunakan produk itu, si suami segera berlari mendapatkan si isteri yang sedang baring di atas katil.
Si isteri nyata terkejut selepas melihat saiz ‘pisang’ suaminya yang semakin besar daripada saiz asal sebelum iklan berakhir dengan memberi gambaran seolah pasangan terbabit melakukan hubungan seksual.
Video yang dimuat naik pada 19 Julai lalu sehingga kini mendapat ‘retweet’ lebih 3,300 pengguna Twitter.
Segelintir netizen mengutuk iklan itu, sementara segelintir lagi menyatakan iklan tersebut ‘kelakar’.-Malaysian Digest
Iklan Saiz 'Pisang' Suami Semakin Keterlaluan
Reviewed by Unknown
on
July 24, 2017
Rating:
No comments: