Seo Services

Kes bunuh Jong-nam mula bicara 2 Oktober

SHAH ALAM 28 Julai - Perbicaraan kes bunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam akan mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada 2 Oktober ini.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menetapkan tarikh perbicaraan selama 23 hari yang akan berjalan sehingga penghujung November.

Pada prosiding hari ini, Hakim Azmi memutuskan untuk tidak merekodkan sebarang pengakuan sebaliknya memaklumkan pengakuan daripada warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong hanya akan diambil pada hari pertama perbicaraan.

Pada 1 Mac lalu, Thi Huong dan Siti Aisyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas membunuh Jong-nam yang ketika itu menggunakan nama Kim Chol di Balai Berlepas KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.

Pertuduhan ke atas kedua-dua wa­nita terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - UTUSAN ONLINE
Kes bunuh Jong-nam mula bicara 2 Oktober Kes bunuh Jong-nam mula bicara 2 Oktober Reviewed by Admin on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.