Seo Services

Terkejut Kena Sergah Ketika Cuba Pecah Rumah


KOTA BHARU: Sejak kelmarin, tular di laman sosial mengenai rakaman video sekumpulan lelaki cuba memecah masuk rumah teres dua tingkat di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, di sini.

Rakaman berdurasi empat minit itu menunjukkan kereta Perodua Viva berhenti di hadapan sebuah rumah teres dengan tiga lelaki bertopeng keluar dari kereta, cuba untuk mengumpil pagar rumah.

Bagaimanapun, disebabkan sukar membuka mangga pagar itu, mereka kemudian memanjat tembok pagar dan membawa bersama alat untuk mengumpil pintu.

Tindakan mereka memecah rumah tidak berhasil apabila ada penduduk yang membunyikan hon kenderaan dan orang awam yang ‘menyergah’ semua lelaki itu dengan kereta.

Bagaimanapun, penjenayah terbabit dengan berani mengacukan senjata ke arah orang awam, seolah-olah samseng.

Rakaman ini secara tidak langsung memperlihatkan jenayah tanpa batasan berleluasa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengakui menerima laporan kejadian itu yang dibuat mangsa, seorang peniaga berusia 61 tahun di Balai Polis Kota Bharu pada jam 1.35 tengah hari Selasa lalu.

“Penjenayah tidak kira masa melakukan kegiatan mereka dan sebab itu, kita minta orang ramai supaya lebih berwaspada dan hati-hati.

“Dalam kejadian itu, rakaman kamera litar tertutup di rumah jiran mangsa membantu kita untuk mengesan suspek dan kita dapati nombor pendaftaran kereta digunakan juga palsu,” katanya.-Harian Metro
Terkejut Kena Sergah Ketika Cuba Pecah Rumah Terkejut Kena Sergah Ketika Cuba Pecah Rumah Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.