Seo Services

Makmal Inovasi Cita-Cita Peribadi Abang Jo


KUCHING: Sarawak mampu menjadi sebuah makmal inovasi di rantau Asia Tenggara yang akan meneroka dan menghasilkan idea dan cara baharu untuk melaksanakan sesuatu, demikian tegas Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

"Ini merupakan cita-cita peribadi saya untuk Sarawak," katanya.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata idea tersebut mungkin kedengaran terlalu tinggi tetapi ia tidak mustahil dan boleh berlaku suatu hari nanti dengan kemajuan teknologi.

Sebelum itu, Ketua Menteri menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan universiti dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam kerjasama dengan kampus cawangan universiti tersebut dan universiti tempatan lain di Kuching.

Menurut Abang Johari, sebagai permulaan, dengan mengambil kira pembangunan industri kelapa sawit yang pesat di Sarawak, usaha sama itu perlu melihat untuk mewujudkan mesin yang bukan sahaja dapat memilih dan mengangkut tandan buah segar (FFB) malah merkeupayaan untuk menentukan kematangannya dengan tepat.

Tambah beliau, sekiranya mesin sedemikian dapat dibangunkan serta didapati oleh industri, ia mampu mengurangkan tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing serta meningkatkan produktiviti. - Sarawakiana
Makmal Inovasi Cita-Cita Peribadi Abang Jo Makmal Inovasi Cita-Cita Peribadi Abang Jo Reviewed by Azmin on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.