Seo Services

Pemuda Seberat 200 Kg Di Bawah Ke Hospital Guna Trak


KUALA TERENGGANU: Khidmat pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa dipanggil untuk nengejarkan seorang pemuda seberat 200 kilogram dengan menggunakan trak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini petang ini setelah memerlukan rawatan intensif.

Mohamad Faisal Md. Ali, 28, dari Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot pada awalnya difahamkan mengalami tekanan darah tinggi dan sesak nafas lalu dibawa ke klinik kesihatan di Batu Rakit kira-kira pukul 5 39 petang ini.

Menurut jurucakap APM, anggotanya bergegas ke lokasi berkenaan sebaik sahaja menerima panggilan tersebut.

Pasukan APM dengan menggunakan trak membawa pemuda itu dari klinik berkenaan ke HSNZ dan tiba di sini kira-kira pukul 6.50 petang.

Sebelum ini, Mohamad Faisal pernah menjalani program kecergasan peribadi secara percuma dengan seorang pengendali pusat gimnasium ekoran berat badannya yang berlebihan.-UTUSAN ONLINE
Pemuda Seberat 200 Kg Di Bawah Ke Hospital Guna Trak Pemuda Seberat 200 Kg Di Bawah Ke Hospital Guna Trak Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.