Seo Services

Ngeri! Buat ‘Live’ Kematian Adik Sendiri Di Instagram


Gila! Seorang remaja menggunakan aplikasi ‘live’ Instagram untuk merakam detik-detik kematian adiknya. Tindakan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali dan sangat kejam.

Memetik laporan agensi, Obdulia Sanchez kini ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sewaktu hari kejadian.

Melalui rakaman tersebut, jelas menunjukkan Obdulia merakam dirinya sedang memandu sebelum kenderaan tersebut terbalik lalu mengorbankan nyawa adiknya, Jacqueline Sanchez.

Ketika insiden, Jacqueline tercampak keluar daripada kenderaan berikutan tidak memakai tali pinggang keledar sehingga menyebabkan cedera parah pada bahagian kepala dan maut serta-merta di tempat kejadian.

Obdulia tidak mengalami sebarang kecederaan bertindak menyiarkan mayat adiknya di laman Instagram.

Ketika sesi ‘live’ berlangsung, remaja itu menggoncang mayat adiknya bersama kepala mangsa yang terbelah sambil meraung meminta maaf.

Rakan adiknya yang berada di tempat kejadian turut tidak mengalami sebarang kecederaan, menangis teresak-esak sambil meminta Obdulia menghentikan tindakan gilanya merakam mayat adiknya.

Obdulia kini berhadapan dengan dakwaan menyebabakan kematian tanpa niat ketika memandu di bawah pengaruh alkohol. – MYNEWSHUB.CC/Agensi/Amy Maizura

Ngeri! Buat ‘Live’ Kematian Adik Sendiri Di Instagram Ngeri! Buat ‘Live’ Kematian Adik Sendiri Di Instagram Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.