Seo Services

Pembantu penguatkuasa KPDNKK mengaku terima rasuah


PEMBANTU penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah didenda RM1,200 dan enam bulan penjara jika gagal bayar oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, di sini, hari ini, selepas mengaku salah menerima rasuah tiga tahun lalu.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Mat Sa'ad, 36, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Mat didakwa menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM400 dengan tiada balasan daripada Md Zamri Md Saman, 50, di gudang minyak tidak bernombor, Kampung Remia Manis, Padang Terap, 2 petang, 4 Oktober 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Prosiding kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrul Khuzaini Amiruddin manakala tertuduh diwakili Prem Singh.-HMetro
Pembantu penguatkuasa KPDNKK mengaku terima rasuah Pembantu penguatkuasa KPDNKK mengaku terima rasuah  Reviewed by Unknown on July 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.