LAUSANNE: Hampir 1,000 sampel pemain bola sepak yang mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi disahkan negatif dadah, umum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebentar tadi.
FIFA berkata, 379 ujian dan 854 sampel pemain dikumpul sepanjang kejohanan, jumlah paling besar dalam sejarah antidoping Piala Konfederasi.
"Semua pemain menjalani ujian dan sebagai tambahan, dua pemain bagi setiap pasukan akan diuji oleh pegawai unit antidoping FIFA selepas tamat semua 16 perlawanan," katanya dalam satu kenyataan.
Semua bahan kawalan itu dihantar ke makmal Agensi Antidoping Dunia di Lausanne.
Juara Piala Dunia, Jerman menjulang Piala Konfederasi selepas menundukkan juara Amerika Selatan, Chile 1-0 pada final 2 Julai lalu.
Ujian sepanjang kejohanan itu dianggap sebagai 'pemanas badan' oleh unit antidoping menjelang temasya terbesar iaitu Piala Dunia di Russia pada tahun depan. - AFP
Piala Konfederasi Bersih Dadah - FIFA
Reviewed by Azmin
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: