Seo Services

PM Disambut Dengan Ucapan Hari Lahir


KUALA LUMPUR: Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjawab soalan lisan pada sidang Dewan Rakyat hari ini disambut dengan ucapan selamat hari lahir.

Perdana Menteri menyambut ulang tahun kelahiran beliau ke-64 semalam.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said merupakan yang pertama mengucapkannya ketika mempengerusikan sesi pada pagi ini.

“Selamat hari ulang tahun kepada Perdana Menteri ke-46 (64) yang disambut semalam,” katanya secara berseloroh.

Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang menyambut ulang tahun kelahiran hari ini turut menzahirkan ucapan kepada Perdana Menteri.

Beliau yang merupakan ahli Parlimen pertama mengemukakan soalan lisan pada persidangan kali ini mendoakan Perdana Menteri dikurniakan kesihatan yang baik.

“Semoga Perdana Menteri sihat tubuh badan, panjang umur, dipermudahkan segala urusan dan rezeki,” ujarnya.-Utusan Online
PM Disambut Dengan Ucapan Hari Lahir PM Disambut Dengan Ucapan Hari Lahir Reviewed by Unknown on July 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.