Seo Services

PM Najib Umum 5 Skim Baharu Veteran ATM



SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lima skim baharu bagi golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk bantuan tahunan untuk veteran tidak berpencen dan skim anuiti.

Berkongsi berita gembira itu di hadapan lebih 15,000 veteran ATM pada Perhimpunan Veteran ATM sempena pelancaran Tabung Pahlawan 2017 di sini, Najib mengumumkan inisiatif Bantuan Bakti Negara (BBN) yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan daripada kerajaan khas kepada veteran ATM tidak berpencen.

“BBN ini merupakan bantuan tahunan kepada veteran ATM tidak berpencen untuk membantu mereka meningkatkan tahap sosioekonomi mereka,” katanya pada perhimpunan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) itu.

Najib berkata skim BBN itu adalah lanjutan daripada pengenalan skim kepada veteran ATM yang diperkenalkan pada 2013 iaitu Skim Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

“Perkara ini diteruskan bagi memastikan nasib Veteran ATM yang tidak berpencen akan terus dibela oleh kerajaan.

Pengenalan BBN ini merupakan satu bentuk mekanisme baharu bagi kerajaan untuk membantu golongan Veteran ATM yang berpendapatan rendah dan tidak berpencen tanpa membebankan sumber kewangan kerajaan sedia ada,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin pada perhimpunan itu.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung Kempen Tabung Pahlawan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Affendi Raja Mohamed Noor dan Presiden Persatuan Veteran ATM, Senator Laksamana (B) Tan Sri Anwar Mohd Nor.

Menurut Najib, syarat penerima BBN pada asasnya adalah berdasarkan kriteria penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) iaitu mereka yang berada di bawah kelompok B40, di mana sebanyak RM1,200 akan diberikan kepada 66,000 Veteran ATM Tidak Berpencen berdasarkan senarai penerima BR1M.

“Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen yang bukan penerima BR1M pula, mereka akan menerima RM600 dengan syarat sudah berumur 60 tahun ke atas. Untuk ini, seramai 10,959 Veteran Tidak Berpencen yang berusia di atas 60 tahun pada tahun 2017 akan mendapat faedah daripada inisiatif BBN,” katanya.

Mengumumkan inisiatif kedua yang dinamakan Skim Anuiti Veteran (SAVe), Najib berkata ia bertujuan memberi pendapatan secara bulanan seumur hidup kepada bakal veteran ATM tidak berpencen sepertimana veteran yang mendapat pencen bulanan.

Najib berkata SAVe adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial yang menjanjikan insentif kewangan secara bulanan kepada veteran ATM tidak berpencen melalui caruman kerajaan.

“SAVe ini tertakluk kepada anggota ATM yang sedang berkhidmat iaitu inisiatif tersebut membolehkan anggota ATM tetap mendapat insentif walaupun mereka berhasrat untuk berhenti awal daripada perkhidmatan,” katanya.

Perdana Menteri berkata caruman di bawah skim SAVe akan sentiasa berada dalam akaun simpanan dan memberi manfaat bulanan kepada mereka serta boleh diserahkan kepada waris yang layak apabila veteran tersebut meninggal dunia.

“Skim BBN dan SAVe ini adalah untuk menjaga kebajikan warga ATM yang telah memilih untuk tidak meneruskan perkhidmatan sehingga tempoh minimum yang membolehkan mereka menerima pencen. Melalui pendekatan ini, pihak kerajaan yakin ia akan dapat meringankan sedikit beban yang dipikul oleh mereka selepas menamatkan perkhidmatan,” katanya.

Najib mengumumkan inisiatif ketiga iaitu penambahbaikan terhadap Skim Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM dan bekas anggota wataniah sepenuh masa iaitu mereka yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun serta tidak menerima pencen perkhidmatan kerana terpaksa diberhentikan awal daripada perkhidmatan akibat mengalami kecederaan dan kecacatan kekal sewaktu menjalankan tugas.

- mynewshub.cc
PM Najib Umum 5 Skim Baharu Veteran ATM PM Najib Umum 5 Skim Baharu Veteran ATM Reviewed by Unknown on July 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.