Seo Services

Seluruh Sarawak Dijangka Diliputi Bekalan Air Terawat Menjelang 2025


KUCHING: Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berharap bekalan air terawat dapat disalurkan kepada setiap isi rumah di negeri ini menjelang tahun 2025.

Menurutnya, buat masa ini 87 peratus kawasan di Sarawak sudah diliputi bekalan air.

"Kita sedang berusaha (menyambung) bekalan air termasuk disemua kawasan terpencil di negeri ini," katanya.

Memetik laporan The Borneo Post, Dr Rundi berkata, kementeriannya juga mengkaji kualiti air daripada empangan hidro elektrik sama ada selamat untuk penggunaan manusia.

Sementara itu, menurutnya, beliau kecewa dengan insiden kekurangan air di bandar meskipun mempunyai rizab air.

Beliau menjelaskan, adalah mengecewakan sekiranya negeri ini terus berdepan masalah tersebut dan langkah wajar perlu diambil untuk menyelesaikannya.

"Kementerian saya sedang berusaha keras tetapi buat masa sekarang kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan secara berterusan," ujarnya.-Sarawakiana

Seluruh Sarawak Dijangka Diliputi Bekalan Air Terawat Menjelang 2025 Seluruh Sarawak Dijangka Diliputi Bekalan Air Terawat Menjelang 2025 Reviewed by Unknown on August 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.