Seo Services

Sarawak Tidak Setuju Dengan Pembahagian Cukai Pelancongan - Abang Johari


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pembahagian kutipan Cukai Pelancongan kepada Sarawak adalah bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui sebelum ini.

Menurut beliau, Sarawak tidak bersetuju dengan pembahagian sebanyak sepuluh peratus hasil daripada kutipan Cukai Pelancongan Negara kepada Sarawak.

"Ya, kita (Sarawak) tidak bersetuju dengan pengurangan pembahagian hasil cukai daripada kutipan Cukai Pelancongan yang akan diterima oleh Sarawak," katanya.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menjelaskan satu memorandum telah dihantar kerajaan negeri Sarawak dan Sabah kepada Putrajaya berhubung pembahagian hasil kutipan cukai tersebut secara sama rata.

Tambahnya, kandungan memorandum tersebut menerangkan dengan jelas bahawa hasil kutipan Cukai Pelancongan harus diagihkan sama rata antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. - Sarawakiana



Sarawak Tidak Setuju Dengan Pembahagian Cukai Pelancongan - Abang Johari Sarawak Tidak Setuju Dengan Pembahagian Cukai Pelancongan - Abang Johari Reviewed by Azmin on August 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.