MIRI – Wabak rabies tidak merebak ke Bandar Miri seperti yang didakwa sesetengah pihak yang menjadi tular di media sosial, kata Datuk Bandarnya Adam Yii Siew Sang hari ini.
“Ia adalah berita palsu,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kebimbangan mengenai wabak rabies yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini, mendakwa lima anjing liar yang dijangkiti rabies telah ditakai di Kuala baram di sini, pagi tadi.
Foto seekor anjing yang kurus dan lemah disertakan dalam catatan di laman sosial itu yang mendakwa anjing itu pernah dilihat di Taman Tunku, salah satu kawasan perumahan yang padat dengan penduduk di Bandar Miri.
Walaupun Bandar Miri masih bebas daripada wabak rabies, Yii menasihatkan pemilik haiwan peliharaan supaya mengambil langkah yang perlu bagi mengelakkan wabak itu menular di sini, termasuk memberikan vaksin kepada haiwan peliharaan mereka dan menyimpan mereka dalam kawasan rumah.
Beliau berkata orang ramai perlu memberikan kerjasama bagi mengelakkan wabak itu daripada menular.
Setakat ini wabak itu dilaporkan melanda Kuching, Samarahan dan Sri Aman. - Bernama
Sangkal Dakwaan Penularan Wabak Rabies Di Miri
Reviewed by Unknown
on
July 24, 2017
Rating:
No comments: