MUKAH: Sarawak berhasrat menjadi pengeluar atlet-atlet bertaraf dunia dalam banyak penganjuran kejohanan antarabangsa.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata negeri ini tidak mahu hanya dikenali sebagai pengeluar atlet- atlet jaguh kampung sahaja.
“Kita tidak mahu hanya dikenali sebagai pemenang atau pengeluar atlet- atlet hanya untuk Sukan Malaysia (SUKMA) sahaja, kita mahu atlet-atlet bertaraf antarabangsa,” katanya pada Majlis Penangguhan Rasmi Kejohanan Taekwondo Malaysia Global Tae Kwon Federation ( MGTF) Sekolah- Sekolah Ke-8 dan Jemputan Borneo Ke-6 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Boon di sini kelmarin.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tellian Yussinosh Balo, Pengasas MGTF Datuk Seri Grandmaster Prof Dr Mohd Sabree Mohd Salleh, Presiden MGTF Datuk GrandmasterAmir Mohd Noor dan Presiden Persatuan Global Tae Kwon Do Sarawak Master, Abang Ahmad Zaini Ahmad Fauzan.
Untuk itu, ia bukanlah satu tugasan mudah baginya sebagai seorang menteri yang telah dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio berkenaan dan harus bermula dengan kepelbagaian tugas.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan
“Antaranya adalah kita buat atau adakan apa- apa kejohanan bertaraf dunia dan antarabangsa supaya atlet-atlet mendapat pendedahan,” jelasnya.
Katanya, begitu juga dengan menghantar atlet-atlet ke kejohanan bertaraf antarabangsa ke luar negara untuk menimba pengalaman.
Abdul Karim berkata, ini juga termasuk melobi negeri ini menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa pada dua atau tiga tahun akan datang.
“Ini semua kita perlu untuk menjadikan Sarawak negeri pengeluar atlet-atlet antarabangsa dan kuasa sukan nombor satu suatu masa nanti,” katanya.
Abdul Karim turut menyatakan keperluan Sarawak untuk membangunkan sekolah sukan sendiri yang lebih berkualiti.
“Kita akan usahakan semua ini dan akan nampak perubahan drastik dalam masa setahun dua ini,” jelasnya.
Pada kejohanan itu, SJKC Chong Voon berjaya meraih piala pusingan untuk kategori sekolah rendah manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers muncul juara keseluruhan bagi kategori sekolah menengah.
Seramai 200 pelajar menyertai kejohanan berlangsung dua hari itu.- Utusan Borneo
Sarawak Enggan Dilabel 'Jaguh Kampung'
Reviewed by Unknown
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: