"Mungkin ada berita gembira hujung tahun ini yang diumumkan mengenai penerbangan dari China - Kuching - Sibu," kata Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan lebih banyak penerbangan antarabangsa ke Sibu.
Malah menurutnya, kementeriannya turut mendapatkan lebih banyak penerbangan antarabangsa ke Kuching dan kawasan lain sekaligus memudahkan Sibu dihubungkan dengan negara lain.
"Kita masih berusaha mendapatkan penerbangan berkenaan dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan," ujarnya.
Karim menjelaskan, Sibu wajar mendapatkan penerbangan terus antarabangsa kerana berpotensi sebagai sebuah bandar berasaskan kebudayaan dan pesta.
"Sibu mempunyai tarikan sendiri. Kalau penerbangan antarabangsa dari sesebuah negara tidak dapat dilaksana ke sini sekurang-kurangnya ke Kuching pun boleh," jelasnya.-Sarawakiana
Sibu Wajar Miliki Lebih Banyak Penerbangan Antarabangsa - Abdul Karim
Reviewed by Unknown
on
July 24, 2017
Rating:
No comments: