Seo Services

Sistem Amaran Banjir Di Pantai Timur Beroperasi Nov



KUALA LUMPUR – Penduduk di pantai timur akan dimaklumkan seminggu sebelum banjir melanda apabila Program Sistem Amaran Awal Banjir (Prab) mula beroperasi November ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pada masa ini sebanyak 350 stesen hidrologi sedang giat dipasang di kawasan lembangan sungai di Kelantan, Pahang dan Terengganu bagi membolehkan sistem berkenaan beroperasi.

“Sistem yang berpusat di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini boleh meramal banjir seawal tujuh hari berbanding sistem sedia ada sekarang iaitu seawal tiga hari,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya JPS di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPS, Datuk Seri Zulkefli Hassan.

Katanya sistem yang akan dikawal oleh Pusat Ramalan Awal Banjir Negara (PRABN) di bawah JPS ini akan berfungsi dengan menyerap data hujan daripada radar melalui stesen hidrologi yang dipasang di kawasan yang dikesan selalu berlaku banjir.

Wan Junaidi berkata data yang dikumpul kemudian disalurkan kepada agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menghadapi banjir yang akan melanda.

“Sistem ini boleh meramal lebih awal bila banjir akan berlaku dan sebesar mana impaknya berdasarkan data dari radar yang diperolehi, Jadi pihak berkenaan mempunyai masa yang banyak untuk membuat persediaan termasuk urusan memindahkan orang ramai sebelum banjir terjadi,” katanya.

Beliau berkata sistem yang mendapat kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia INI akan diperluaskan seluruh negara kelak.

Prab di tiga negeri itu dijangka siap sepenuhnya tahun depan tetapi sudah boleh beroperasi mulai November ini, katanya. – BERNAMA
Sistem Amaran Banjir Di Pantai Timur Beroperasi Nov Sistem Amaran Banjir Di Pantai Timur Beroperasi Nov Reviewed by uMieySurianie on July 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.